Monday, May 6, 2013

Jom Jadi Penyelidik!!!ARKIB NEGARA MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM..

Wahai blogger2 sekalian alam..cewah..happy nampak..bila masa pula aku nampak korang gelak ketawakan..hehehe..Sekarang ni orang tengah sibuk tengok keputusan PRU13..tak nak cerita panjang2 PRU13 sebabnye...BIARLAH RAHSIA..hihihi..Its better aku cerita pasal ARKIB NEGARA MALAYSIA which is related with my course..Before ni aku tak pernah pergi pun arkib masa diploma dulu..Agak menyedihkan dan mengecewakan juga la..Sebab kelas lain dapat pergi cuma kelas kitorang je yang tak pergi  tapi rasanya bukan sebab tak dapat permission maybe tak ada yang nak buat proposal kot..hihihi..Aku teringin nak buat tapi tak ada keberanian untuk itu..Tak ada keyakinan diri langsung..Susah tak bila diri ni tak ada keyakinan..I though I should proceed about the archive..yeah..yeah..I know korang tak nak dengar pun aku bebelkan..Tapi kalau tak bebel bukan BEBELAN AKU dah blog ni..Eh, barulah aku teringat aku dah tukar tajuk blog..heheh..

Aku rasa dah lama kot hasrat aku nak tukar tapi tak tukar2..Aku rasa macam nama blog yang dulu bunyinya macam serius sangat..huhu..Lagi satu pasal gambar2 lama dalam blog semua dah terdelete..geramnya aku..Aku padam sebab nak kurangkan memory handphone tu yang pergi delete semua gambar blog..Ingat tak ada la effect dalam blog rupanya semua gambar dah tak ada..sabar je la..Maybe because its connected to my email..Wei...mana perginya cerita arkib aku ni..atoiii..!!Before this I have been to the National Archive of Malaysia for archive subject..This is a trip actually..Kitorang punya assginment kena buat pasal department yang ada dalam archive tu tapi pilih salah satu department yang ada contoh finding aids, preservation lagi aku tak ingat..hehe..We have chose finding aids..Agak excited la bila dapat pergi sana tapi sedih sebab banyak tempat yang tak dapat pergi macam hospital archive to tempat baik pulih or penjagaan bahan2  rekod la..tempat penyimpanan audiovisual..ada la beberapa tempat lagi sebab masa tu ada orang lain juga buat lawatan ke kursus entah..


Haa..ni haa muka excited orang nak pergi arkib..Just ada 2 bus je..Sepatutnya ada 3 bas tapi maybe ada yang tersalah book kot..Tapi yang aku rasa different untuk trip kali ni sangat cepat di approve untuk pergi ke arkib tu..kalau masa diploma dulu banyak hal nak kena settlekan buat surat, buat proposal, telefon orang ni telefon orang tu..semua buat sendiri tapi bukan aku la yang buat..haha..Sebelah aku tu atil aku kenal dia sebab dia pun belajar kat segamat juga..Alhamdulillah la masa degree ni adalah beberapa orang yang aku kenal masa diploma dulu..kalau tak mesti aku sorang2 je..Dulu masa diploma selalu dengan Tiqah je..Tapi Tiqah sekarang dah dekat Melaka and lari daripada kos yang dia ambil dulu..Sekarang dia ambil kos International Business..Ada juga aku contact dia..mesej la selalunya..Alhamdulillah dia ok je dekat Melaka..Dengarnya happy je duduk sana..Lagi pun memang dia jenis boleh survive even tak ada kawan yang dia kenal pun..Atil ni pula pernah satu kelas masa part 1 dulu then aku tukar kelas lain..


Yang lelaki tu la lecturer kitorang..Nama dia Encik Kamarul tapi ada nama glamour you..jangan main2..haha..Encik Kaa tau..hihi..En Kaa sangatlah baik..Kalau masa dia mengajar pun sangat sempoi skua buat lawak..Kalau baba assignment pula dia tak kisah la korang pilih tajuk apa pun..Dia macam faham la student ni macam mana..Sempoi sangat..Tapi tak tahulah kan bila dia nak bagi markah nanti macam mana..Tak nak mengharap yang terlalu tinggi sebab pernah rasa diberi harapan tapi harapan tu mengecewakan hati sendiri..So its better kita biasa2 je tak payah nak berharap sangat..LAgi sorang lecturer perempuan tu ajar kelas lain..kitorang pergi dua kelas rasanya and ad budak UITM Machang sekali..kitorang datang separately..Of course la separate dah sorang datang dari Puncak Perdana sorang lagi dari Kelantan..aiiiyak..Apa la ini olang..Lecturer perempuan tu mak aii cantik..Lepas tu muda tapi Puan ea..dah kahwin..Rasa macam respect sangat sebab muda lagi dah jadi lecturer pakai kereta besar..Honda Civic kot..amboiiihh bukan main perhati lagi aku ya..haha, lawa pula tu..Untung suami diakan..


Ni dekat dalam dewan auditorium arkib..dalam ni je la boleh ambil gambar tempat lain tak boleh..sebab keselamatan..Kalau tak pose bukan kitorang namanya..hehe..


Pemandangan ni aku ambil dari Menara Ilmu dekat tingkat 8..Menara Ilmu ni la tempat penyimpanan rekod or repositary..Kalau ikutkan hati nak je tangkap gambar nak tunjuk dekat kome semua macam mana dalam dia tapi tak dibenarkan tangkap gambar..Alaaa..bayangkan je macam dalam library tapi dia lebih tersusun and lebih bersih bolehlah kalau korang nak tidur bagai..Tapi agak suram la..Nak duduk sorang2 agak menakutkan la..Terang je dalamnya tapi tak ada apa la..Macam sunyi je..


Sekarang ni la group assignment aku..Athirah a.k.a Tyra Banks a.k.a Tasha..Uppsss..telepas taip pula..haha..then aku and kanan sekali Zatil a.k.a Atil a.k.a Atel..Yang tukang tangkap gambar Qila a.k.a Mun...Dia pun group member kitorang..masing2 ada nama glamour tahu..aku je yang tak ada..tak apa low profile.HAHAHA..Kalau diorang baca ni habis lebam2 aku ni karang..=P..Diorang semua budak Segamat yang sememangnya aku kenal..Aku harap aku dapat la sumbangkan apa2 untuk diorang masa buat assignment..Amin..So yang pasal trip dah habis sebab tak banyak benda nak cerita sebab kitorang just dengar taklimat sikit pasal department2 tu la..then melawat tempat2 yang sepatutnya..Plus, kitorang sangat la rushing masa pergi arkib ni..Tu yang tak best sangat sebab ada student lain diorang ada kelas pukul 6 petang..kitorang pun ada tapi nak elakkan la pergi kelas tu..ada presentation..penat kot balik2 tu nak kena present dah la tak prepare sangat..Tapi nasib baiklah kitorang call En Kaa nak tanya pasal surat pelepasan kelas tu ada waktu tertentu ke..Nasib baiklah tak ada..Aku daripada tak ada mood nak makan terus berselera makan..tengok tu betapa berharapnya tak ada kelas petang tu..Terima kasih En Kaa..hehe..

Then on the other day kitorang pergi sendiri ke arkib tu dengan berpandukan GPS..alhamdulillah sampai ke tempat yang sepatutnya..Walaupun ada la juga tersalah jalan sebab ikut jalan lain..yang peliknya dalam GPS tu tak keluar Arkib Negara Malaysia pun..Tapi LHDN jalan duta tu ada pula..so kitorang just follow untuk ke LHDN jalan duta..kitorang pergi sendiri untuk cari bahan untuk subjek social science pasal Tun Dr Mahathir je..Kitorang kena buat bibliography..Bibibliography tu kitorang kena buat citation for that materials tak kisahlah dari buku, majalah, journal, manuskrip etc..Senang cerita bahan daripada printed and non printed..Then tulislah siapa author dia, siapa publisher, tahun bila bahan tu..Nak tulis semua tu ada cara dia juga..bukan main redah je nak tulis..Lepas dah "cite" kena la baca or fahamkan bahan tu pasal apa and make some description about the materials..understood??Aku pun risau juga ni betul ke apa yang aku cakap ni??Jangan bagi ajaran sesat sudah..


Next!!Nak masuk dalam tempat buat research tu make sure korang kena ada kad penyelidik which this card untuk seumur hidup..memang dia tulis dekat situ sampai 2014 tapi nak renew nanti just update dalam sistem je..tak payah nak buat kad baru..nak daftar sebagai penyelidik korang kena isi borang lepas dah isi borang korang boleh dapat hari tu juga kot..Not so sure..Aku isi borang tu pun masa pergi trip hari tu then dah alang2 aku pergi balik aku ambil je la terus kad penyelidik ni..Next!!alaa..aku tak ingat apa nama tempat tu..tapi tempat tu memang tempat researchers nak buat research la..Lebih kurang macam library tapi kalau library korang cari bahan tu sendirikan dekat arkib tak macam tu...Library kena gunakan OPAC and tengok call number then baru cari bahan tu kan tapi dekat arkib korang kena guna COMPASS then search la..Bila dah jumpa rekod yang korang nak click pinjam..So nanti staff akan ambil bahan tu dari repository..




Tu dia!!bahan yang kitorang minta..Tapi ni just copy je bukan original..Yang original ada masa tu tapi tak bolehlah nak pinjam sebab rekod dalam arkib semuanya original..Kalau nak pinjam kita kena buat copy je..Tak boleh sama sekali bawa kelaur rekod2 ni..For your information dalam tu tak boleh juga tangkap gambar..Yang kitorang copy ni manuskrip pasal dasar2 apa aku tak sure sebab nak baca tak berapa nak faham..hehehe..Korang tengok tulisannya pun korang sanggup ke nak baca??hahaha..Jahatnya aku ni..Tulisan aku sendiri pun macam cakar ayam..Mula2 aku ingat benda ni ditulis oleh Tun Razak, Dato' Hussein Onn and Dr. Mahathir tapi bila tanya Puan Ros dia rasa bukan dorang yang tulis tapi mungkin ada orang yang tuliskan dasar2 luar ni..Yela..konon dapat la tengok hasil tulisan tangan dorang sendirikan..Tak apa la lain kali datang la lagi..Tapi korang tahu tak berapa lama nak tunggu rekod ni sampai..paling2 pun dalam sejam atau sejam lebih..haa..cubalah korang bayangkan berapa lama nak kena tunggu..Orang lain tu memang nak buat research tapi kitorang bukan nak buat research just cari bahan je pun..

Orang lain duduk sibuk tengok rekod2 kitorang sibuk termenung..siap bersembang bagai..bila ingat balik rasa kelakar pula..haha..Kitorang sampai sini around 12.30..Dah nak waktu rehat..Aku ajak la diorang pergi makan kat cafe situ..nak makan tempat lain tak tahu jalan..Sementara nak tunggu rekod kitorang makan and solat semua..Baru la rasa legakan bila dah solat..Rekod yang dah sampai orang kaunter akan panggil nama kita..maknanya dah ada la rekod tu..daripada sepuluh bahan yang kitorang minta just dapat 3 je..baru 2 bahan tapi nak tunggu lama tahu..Agak lama la..tapi tak la aku salahkan pihak arkib sebab cari bahan tu bukan kerja senang..Pekerja tak ramai lepas tu staff kena cek lagi rekod tu disimpan dekat mana..nak hantar bahan dekat tempat research tu lagi..seriously bukan kerja mudah..rekod yang kita minta tu bukannya 1 2 tapi sepuluh or maybe lebih..Researcher lain punya punya bahan lagi..Kita pun kena la faham..So disebabkan  ada 7 bahan yang tak dapat kitorang pun balik..Pukul 4 macam tu kitorang balik sebab nak elakkan jem dekat jalan duta..Kalau korang kerja situ tahulah keadaan dia macam mana..lagi2 KL..Abang tu tanya dalam 2 hari datang tak sebab kitorang nak buat cancellation untuk 7 bahan yang tak dapat lagi..Kitorang cakap je la tak..Then bahan tu cancel..



Actually masa trip hari tu nak ambil gambar dekat sini tapi segan la pula..Dah ada peluang ni apa lagi..jadi model arkib la kan..hikhikhik..


Tapi gambar Atil dengan kawan dia ni la yang paling aku suka..HAHAHA..Picture of the year kot..hahahah..Sejak bila Atil kawan dengan alien ni haa??aduhai..Sibuk betul alien ni nak interframe tau..Kan lagi cantik kalau Atil dukung kawan tu ke..hahaha..Confirm comel!!hahaha..



So..masa yang ditunggu2..masa untuk balik..Actually pergi arkib ni seronok sebenarnya..Rasa macam entahlah..Tapi memang seronok..Macam mana nak cakap ea..Seronok sebab korang boleh request rekod yang korang nak..and confirm macam2 jenis bahan rekod ada dekat arkib tu..Kalau dalam library jenis bahan dia agak limited..maksudnya bahan dalam library kebanyakannya paper based..bukan la tak ada langsung elektronik rekod ada tapi tak banyak..Buku je semuakan..Kalau arkib bahan tu sememangnya original..contohlah bahan yang korang nak tu tulisan tangan atau pun bahan milik tokoh2 terkenal tu korang boleh pegang and tengok sendiri macam mana bahan tu..Bahan arkib mestilah ada high values and melebihi 25 tahun..ada yang terbuka, confidential and top secret..Yang boleh kita tengok adalah bahan terbuka je..yang top secret mestilah orang tertentu je yang boleh tengok..ada ciri2 archivist tak??hahha..Aku dah lari kos dah ni..aku ni ambil bidang library..Apa2 pun library dihatiku..Cewah!!aku bukan cakap library tak best..Best tahu!!tak apa..next entry InsyaAllah aku cerita pasal library pula ok..Jangan risau..see you next time!!Salam..=)

1 comment:

Saiful Anuar Safian said...

datang bace2 kat sini n follow (78)..follow balik k

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...