Friday, August 16, 2013

I Feel Like.......

Assalamualaikum..

Dah terlalu lama meninggalkan blog dan dibiarkan ia bersendirian tanpa berteman..maafkan aku wahai blog..seperti biasa banyak benda yang boleh diceritakan tapi masih tak tahu bagaimana nak mulakan..sehingga ia terbengkalai di dalam hati dan minda seorang manusia yang serba lemah dan banyak kekurangan kerana itulah manusia..namun bukan bermakna sentiasa melakukan kesilapan disebalik kelemahan yang ada..Fikiran yang sudah tenang menjadi semak apabila ia terungkit kembali dan tak tahu adakah ia merupakan masalah atau bukan masalah atau mungkin juga masalah cuma adakah ia besar ataupun tidak..

Hmmmm..patutkah aku mengeluh dengan benda yang sudah jadi??Dan aku mempunyai jawapannya..TAK PATUT!!!Sebab masih ada peluang yang Allah cuba berikan pada masa hadapan yang mana aku sendiri haruslah mengambil peluang itu tanpa disia2kan..namun aku juga takut akan keyakinan diri yang melebih2..Di mana pada awal sesuatu perkara aku cuba untuk memotivasikan diri ini untuk tidak akan mengulangi kesilapan yang sama..Akhinya...ia terjadi juga..kerana pada mulanya aku berjanji untuk bersungguh2 dan pada waktu pengakhirannya aku semakin diselubungi sifat malas, malas dan malas..

Terlalu cepat terpengaruh dan terleka dengan sekeliling..Kemudiannya membawa kekecewaan terhadap mental sendiri..Malah perkara yang paling mengecewakan aku adalah kekecewaan ibu bapa itu..ia terjadi atas sikap sendiri yang mudah lupa akan sesuatu yang pernah dijanjikan..Aku sudah jangkakan kesilapan itu bakal berulang tetapi aku masih bersyukur kerana Allah menyedarkan hambanya yang tidak sempurna ini atas sebab usaha yang tidak mencukupi..Walaubagaimanapun adakah kamu semua rasa apabila tersedar dari membuat kesilapan kamu tidak akan melaluinya lagi??

Sampai bila mahu sedar dan kemudian lupa diri kembali??Sampai bila??Aku juga letih..Tetapi ingatlah bahawa setiap sesuatu yang terjadi baik atau buruk pasti ada hikmahnyakan??Yang hanya menjadi rahsia Allah S.W.T..Apa yang aku boleh katakan ambillah sesuatu yang pada mulanya negatif jadikanlah ia sesuatu yang positif..maka berubahlah..Janganlah sesekali menghiraukan tanggapan atau pandangan mereka yang merasakan mereka hebat kerana ia bukanlah penentu sesuatu kehidupan..bangkitlah wahai hati kerana putus asa bukan jalan yang terbaik..Ingat dan sedarlah Izyan Syamim bahawa Allah sebenar2nya telah menyelamatkan kamu dari terus diselubungi rasa kecewa..Dan sebenarnya juga Allah telah pun memakbulkan doaku..Alhamdullillah Ya Allah...Syukran..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...